Khamis, 1 Mac 2012

sup ayam & sambal kicap cara anum

bahan :
ayam bahagian tulang - potong kecil & basuh
kentang - kupas,potong & basuh
lobak merah - kupas,potong & basuh
sedikit rempah sup - brand adabi
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
minyak masak
air putih
garam/serbuk pati ayam/serbuk knorr pasti sedap
daun sup/daun bawang - basuh dan hiris halus
bawang goreng

bawang besar
bawang putih
halia
air
^ kupas,potong kecil,basuh dan kisar hingga halus

cara :
- panaskan minyak dalam periuk
- tumis kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih hingga naik aroma dan kayu manis kembang
- masukan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan sedikit kekuningan
- masukan lobak merah dan kentang ke dalam periuk,kacau hingga rata dan biarkan seketika menumis
- masukan garam/serbuk pati ayam/serbuk knorr pasti sedap dan juga ayam dan kacau rata biar sehingga ayam bertukar warna dan mengeluarkan stok ayam
- masukan air dan bairkan semua bahan tadi hingga mendidih dan kentang,lobak merah,ayam empuk sepenuhnya
- akhir sekali masukan sedikit serbuk sup ayam dan kacau rata,biarkan seketika hingga mendidih dan tutup api,masukan bawang goreng serta daun sup/daun bawang dan sedia untuk di hidangkan

sambal kicap / cili kicap

bahan :
cili api
bawang putih
sedikit minyak masak
garam/gula
kicap manis
sedikit air panas

cara :
- panaskan minyak tumis seketika cili api dan bawang putih hingga kekuningan dan bertukar warna
- angkat bahan tumisan tadi dan tumbuk hingga lumat dan halus
- masukan dalam mangkuk dan tuang kicap dan kacau rata
>> masukan sedikit air untuk cairkan sambal kicap,jika kicap je sambal terlalu pekat tapi terpulang pada selera masing2