Sabtu, 10 November 2012

dealer Push Pop Cake Containers STV

push pop containers STV FOR SALE
(FOR PRICE CALL 0173819371)
Diameter: 4cm
Height of lid: 3cm
Height (in container): 8.5cm
Height (outside the container): 9cm
Stick length: 10.5cm

* Postage excluded.
* Minimum order for PROMOTION 50 pcs.


WOW!!! NOW PUSH POP CONTAINERS STV SO SWEET!!!


NYUM3 CANTIK DAN SEKSI


SIAP UNTUK DI PASARKAN


CANTIK DAN SEKSI


KIRI PUSH POP CONTAINERS STV DAN SEBELAH KANAN PUSH POP CONTAINERS UK
*PERBEZAAN ANTARA KEDUA PUSH POP INI IALAH KUALITI,HARGA DAN NEGARA PENGELUARNYA PPC STV DARI CHINA DAN PPC UK DARI UK



READY TO SALE

sotong masak kicap cara anum


bahan:

500gm sotong - potong bulat
1biji kentang - di potong bulat
(basuh,gaul dgn garam dan goreng - ketepikan)
1/2sudu teh minyak bijan
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan kicap manis
1sudu teh serbuk lada hitam 
garam/gula/serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap knorr

bahan tumisan:
1biji bawang besar - hiris kasar
2batang serai - di titik
10biji cili padi - ketuk
2biji bawang putih - ketuk
1inci halia - ketuk

cara:

- panaskan minyak tumis serai,bawang putih,halia,cili padi hingga layu
- masukan bawang besar dan sotong kacau rata-rata
- masukan air asam jawa dan kicap biar mendidih dan masukan kentang yang di goreng tadi
- masukan garam/gula/serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap knorr dan minyak bijan biarkan seketika dan siap untuk di hidangkan.





Rabu, 7 November 2012

nasi goreng kari seafood


bahan:
nasi sejuk
minyak masak
garam/serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap knorr
telur ayam
serbuk kari daging dan ayam adabi

bahan basah:
udang
sotong
ayam

bahan hiris:
bawang besar
bawang putih
cili padi

cara:
- panaskan minyak tumis bahan hiris hingga layu dan naik bau
- masukan bahan basah hingga bertukar warna dan empuk
- masukan telur dan kacau sebati
-masukan garam/serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap knorr dan serbuk kari kacau rata-rata
- akhir sekali masukan nasi sejuk yang di hancurkan gaul rata-rata,siap untuk di hidangakan


cencaru bakar dan air asam


bahan:

seekor ikan cencaru bersaiz besar anggaran 500gm
(bersihkan danbelah belakang)

minyak masak

tumbuk bahan2 di bawah ini:
halia
kunyit hidup
bawang putih
garam

cara:
- lumurkan semua bahan tadi kepade ikan dan tuang sedikit minyak.
- bakar dlm oven dengan kepanasan 200oc 1jam api atas bawah
(harus di balik2kan ikan agar masak serata)

air asam jawa yang best!!!


bahan:

asam jawa
air masak
garam/gula
limau kasturi
cili padi
tomato
bawang besar

cara:
- perah asam jawa dan buang bijinya
- potong semua bahan2 di atas dan satukan dgn air asam jawa
- sedia di hidangan bersama ikan cencaru bakar
* sesuai di hidangkan bersama ulam2man dan sambal belacan




Selasa, 6 November 2012

udang goreng dengan telur


bahan:
200gm udang harimau
1biji telur ayam
1biji kentang - potong bulat
(basuh,gaul dgn garam dan goreng ketepikan)

1/2biji bawang besar - hiris
1ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
10biji cili padi - hiris

garam/gula/serbuk ayam/knorr pasti sedap
sedikit minyak bijian
1/2cawan air putih
1/2cawan minyak masak

cara:

- panaskan minyak tumis bahan hirisan hingga layu dan naik bau
- pecahkan telur dan kacau rata2 kemudian masukan udang dan gaul sebati biarkan seketika hingga udang bertukar warna
- masukan minyak bijan dan sedikit air biar renih seketika
 - masukan garam/gula/serbuk ayam/knorr pasti sedap dan kacau hingga rata dan biarkan mendidih sedia untuk di hidangkan.



daging black paper



bahan2:
500gm daging - potong kecil dan nipis

bahan hiasan:
* kacang panjang - potong 1inci
* ubi kentang - potong bulat 
(basuh,gaul dgn garam dan goreng ketepikan)
bawang di potong bulat
cili hijau dan merah di potong serong


bahan hiris: 1biji bawang besar - hiris
2ulas bawang putih - hiris
1inci halia - hiris
10biji cili padi - hiris
2batang serai - ketok
1sudu makan serbuk kunyit

1sudu teh serbuk lada hitam
2sudu makan sos tiram
3sudu makan kicap manis

1cawan air putih
garam/gula/serbuk pati ayam/knorr pasti sedap
1/2cwn minyak masak

cara masak:
- panaskan minyak tumis serai dan masukan bahan2 hiris tadi hingga naik bau dan layu
- masukan daging kacau rata2 biar air daging keluar
- masukan serbuk kunyit,serbuk lada hitam,sos tiram,kicap manis dan garam/gula/serbuk pati ayam/knorr pasti sedap renih sampai mendidih dan daging empok
- jike daging belum empok letak air 1 cawan or 2 cawan biarkan mendidih dan kuah pekat
- bila dah hampir selesai masukan bahan hiasan dan sedia untuk di hidangkan


Jumaat, 2 November 2012

cekodok pisang ala che mat gebu


bahan:
8 -10biji pisang abu (ape2 pisang pun ok)

V - ayak bahan di bawah
1 1/2cawan tepung gandum
1sudu teh soda bikarbonat

secubit garam
4sudu besar gula pasir
minyak masak

cara:
- lenyek pisang hingga halus
- masukan garam dan gula kacau rata
- masukan tepung dan soda bikarbonat kacau rata2 dan perap 15minit
- panaskan minyak mengoreng 
- sudukan adunan cekodok dlm minyak panas goreng hingga garing

** by: blog che mat gebu (dapur tanpa sempadan) **


Khamis, 1 November 2012

sayur sawi goreng ala kedai


bahan:
beberapa pokok sayur sawi
udang/sotong
1biji bawang besar -hiris
1ulas bawang putih -hiris
1/2inci halia -hiris
1biji cili merah -potong serong
2-3 titik minyak bijan (xletak pun xpe)
sedikit air putih
garam/serbuk ayam/knorr pasti sedap
minyak masak

cara:
- panaskan minyak tumis bahan hirisan hingga layu dan naik bau
- masukan sotong dan udang jugak batang sawi tumis lagi dgn sedikit air
- masukan daun sawi dan minyak bijan garam/serbuk ayam/knorr pasti sedap
- kacau rata2 dan siap untuk di hidangkan

Isnin, 23 Julai 2012

kisah chocolate dates di bulan ramadan ini...


chocolate dates versi kak Mimi Miza 22 july 2012 ahad 2ramadan tq dear



chocolate dates versi kak  Norleylawati Ruslee 23july 2012 isnin 3ramadan tq dear

chocolate dates versi kak Ana Sahana 24 july 2012 selasa 4ramadan tq dear



chocolate dates versi kak Nurul'Ain Ain 25 july 2012 rabu 5ramadan tq dear



alhamdulilah semakin ramai kawan2 yg sudi mencube buat chocdates ni,jutaan terima kasih anum ucapakn ia kejayaan yang besar bg anum yg baru je dlm dunia masakan ni...

wow  tak lame lagi ade lagi yang bakal menyusul,siapa ape bentuknyee kihkihkih sabarrr yee
pade yang telah mencube tq2...sedapkan anak2 dan seisi keluarge mesti suke kan,jom buat chocolate dates mudah je jamin sedap!!!




Jumaat, 20 Julai 2012

chocolate dates ala yusuf taiyoob




bahan:
buah kurma safia - brand yusuf taiyoob
isi walnut - di bakar
* bakar 5minit suhu 150oc kepanasan atas dan bawah (sejukan seketika sebelum di gunakan)
mini papercup
coklat susu dan coklat gelap - brand beryls
* gabungan 2 coklat ini memberi rasa yang sangat sedap tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit



cara:

- buang biji buah kurma dengan gunting buah kurma dan masukan isi walnut yang di bakar
- cairkan coklat beryls kaedah double boiler,salut kurma yang berinti walnut hingga rata keseluruhan
- masukan kurma yang siap di salut coklat tadi dalam papercup dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan sedia untuk di hidangan


** untuk dapatkan pic step by step sile ke facebook saya https://www.facebook.com/rogayahhanum 



Ahad, 15 Julai 2012

rendang ayam goreng cili api HIGOAT PREMIUM


bahan:
ayam - di potong kecil,basuh dan toskan
** gaul dengan garam dan goreng sekatika hingga sedikit kekuningan**

daun limau purut - basuh/hiris halus
daun kunyit - basuh/hiris halus
serai - basuh dan ketuk/titikkan
serbuk RENDANG - adabi brand
kerisik
air asam jawa
minyak masak
air putih
SUSU HIGOAT PREMIUM/ santan - bancuh seperti santan cair
garam/gula/serbuk pati ayam knoor/serbuk pasti sedap knoor

bahan kisar:
bawang besar
bawang putih
cili padi
halia
kunyit
lengkuas
serai
air

cara:
- panaskan minyak masukan serai yang di ketuk terlebih dahulu bagi naik bau
- masukan pula bahan kisar dan tumis hingga garing naik bau dan pecah minyak
- masukan pula serbuk RENDANG adabi kacau rata dan renih seketika
- masukan air asam jawa dan biar sebati dan masukan ayam yang di goreng td
- kacau rendang biar renih seketika kemudian masukan air dan biar mendidih
- masukan daun kunyit/daun limau purut dan SUSU HIGAOT PREMIUM/santan dan terus kacau perlahan2
- masukan pula kerisik dan biar seketika sebelum masukan garam/gula/serbuk pati ayam knoor/serbuk pasti sedap knoor,renih lagi sambil kacau perlahan2 hingga rendang pekat dan sedia utk di hidangkan
* jaga api dan sentiasa kacau rendang jangan biar rendang pecah santan/susu*

Jumaat, 13 Julai 2012

kari telur goreng SUSU HiGOAT


bahan:
telur ayam - rebus dan goreng
ubi kentang - rebus dan goreng
daun kari
minyak masak
rempah kari daging dan ayam - adabi brand
air asam jawa
air putih
garam/gula/serbuk pati ayam knorr/serbuk pasti sedap knorr
SUSU HiGOAT - penganti santan
*bancuh dahulu mengunakan kuah yang mendidih

bahan kisar:
bawang besar
bawang putih
halia
lada kering
air putih

cara:
- panasakan minyak tumis bahan kisar hingga terbit minyak dan naik bau
- masukan daun kari dan serbuk kari kacau rata
- masukan air asam jawa dan air putih biar mendidih seketika
- masukan kentang di dalam periuk biar mendidih sekali 
**di rebus dahulu kemudian di goreng seketika**
- masukan garam/gula/serbuk pati ayam knorr/serbuk pasti sedap knorr
- masukan telur dan biarkan seketika sebelom masukan susu
**di rebus dahulu kemudian di goreng seketika**
- last masukan SUSU HiGOAT dan kacau hingga susu rata dan biar mendidih seketika dan siap untuk di hidangan...







Selasa, 10 Julai 2012

tumis kubis dengan suun


bahan :
 kubis - hiris halus
lobak merah - sagat
suun - rendam seketika biar lembut

bahan tumis:
bawang besar
bawang putih
halia
^ hilis bahan di atas

lada hitam - kasar
telur ayam
minyak masak
air putih
garam
serbuk ayam

cara:

- panaskan minyak masukan bahan tumis dan biarkan layu serta naik bau masukan lada hitam kacau sebati
- pecahkan telur kacau rata hingga hancur dan masukan suun dan kacau sebati
- masukan kubis dan kacau rata hingga layu kemudian masukan lobak merah biar renih seketika
- tambah bahan perasa dan garam
- jika mahu berkuah boleh letak air dan biarkan seketika hingga mendidih



Isnin, 2 Julai 2012

butter danish cookies


bahan:
125gm buttercup
45gm gula aising

V - ayak bahan di bawah
140gm tepung gandum
1/4sudu teh baking powder

1sudu teh butter emulco
1/2sudu teh esen vanila

bahan hiasan:
* kacang badam cincang
* mini chocolate chip
* gula halus

cara:
- mix butter dan gula aising hingga kembang dan putih
- masukan bahan yang siap di ayak sedikit demi sedikit hingga habis
- masukan butter emulco dan esen vanila mix hingga rata
- kacau seketika guna senduk dan masukan dlm paipping beg rehatkan seketika 10minit dan sedia utk dipaipkan ke atas dulang pembakar setelah itu hias ikut kesukaan
- suhu 180oc selama 10minit api atas bawah

RESEPI BY : RAKAN FACEBOOK Sri Idayu Ghulam Rasol

sayur kacang dengan cendawan


bahan:
kacang buncis
cendawan tiram
serbuk lada hitam kasar

bawang besar
bawang putih
halia
^ hiris halus dan basuh

minyak masak
1biji telur ayam
garam
air putih

cara:
- panaskan minyak tumis bahan hirisan hingga layu dan naik bau
- pecahkan telur kacau hingga hancur dan masukan pula cendawan tiram
- masuk kacang dan lada hitam kacau sebati
- jika mahu sedikit kuah tambahkan air renih seketika da sedia di hidangkan

Rabu, 27 Jun 2012

blueberry cheese tat


bahan shell tat:

250gm buttercup
1 biji telur saiz B
5 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula aising
1 sudu teh esen vanilla
tepung gandum - sehingga menjadi doh


cara buat shell tat:

- butter dan gula gaul guna senduk kayu sahaja hingga sebati 
- masukkan telur dan esen kacau lagi
- masukan tepung jagung dan kacau hingga sebati 
- masukkan tepung gandum sdikit sedikit hingga jadi doh

- ambil dan bulatkan doh sebesar mana mould yg diguna
- terap pada mould tat hingga penuh keseluruhan mould
**jangan terlalu tebal sangat kerana doh akan kembang bila dibakar**

- kemaskan bahagian atas sama paras mould tat
- cucuk dengan grafu/lidi di tengah2 permukaan doh di sekeliling mould tat
- bakar 20minit dengan kepanasan oven 170oC hingga kekuningan api atas bawah
- sejuk keluarkan dari mould tat dan letakkan dalam paper cup untuk di bakar bila dah letak cheese nanti




bahan filling cheese/blueberry

blueberry filling
1 biji telur saiz B
250gm Philadelpia Cream Cheese
60gm butter
60gm icing sugar


cara buat filling cheese

- cream cheese dan gula aising mix perlahan hingga gebu
-  masukkan sebiji telur dan esen pukul sekejap hingga sebati

- dalam shell paippingkan inti blueberry dan letakkan cream cheese yang telah siap tadi sama paras dengan permukaan shell
- lorekkan ikut kreativiti anda dan bakar lagi selama 10minit,150oC api atas sahaja
- keluarkan dari oven sejukkan seketika dan sedia untuk di hidangkan




resepi by : rakan facebook Zuraina Abu Talib

Ahad, 24 Jun 2012

butter asing


bahan:

*500gm majerin pelangi
*500gm cream well
*500gm gula asing - di ayak
#perasa rose
warna pilihan


cara:

- mix bahan * dengan kelajuan tinggi sehingga  putih sekitar 10 ke 15minit setelah itu masukan bahan # dan mix lagi 2 ke 3minit dan asing sedia untuk di gunakan,untuk mewarnakan asing bahagikan sama rata dan beri pewarna ratakan masuk dalam paiping beg siap utk di gunakan

SELAMAT MENCUBA!!!

Khamis, 21 Jun 2012


bahan2:

bawang besar
bawang putih
halia
cili kering
^ potong,basuh dan kisar bahan di atas bersama air

telur puyuh
^ di rebus dan di kupas

air asam jawa
minyak masak
1labu bawang besar di hiris bulat
garam,gula,serbuk pati ayam,serbuk pasti sedap knoor

cara:
- panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau
- masukan garam,gula,serbuk pati ayam,serbuk pasti sedap knoor dan kacau hingga sebati
- masukanair asam jawa dan biarkan mendidih masukan telur dan bawang yang di bayang dan biarkan seketika hingga kuah pekat,siap untuk di hidangkan

istimewa tiramitsu higoat cocoa




bahan A:
250gm cream cheese
500ml whipping cream
^ suhu bahan di atas WAJIB sejuk

bahan B:
1sachet HIGOAT COCOA
200ml air panas
^ bancuh seperti buat air

bahan C:
1sachet HIGOAT COCOA - untuk hiasan
1pek biskut marie perasa coklat
containers box 5 inci X 5 inci

cara membuatnya:
bahan A:
- putar dengan kelajuan tinggi whipping cream hingga beku
- masukan cheese cream putar dengan kelajuan tinggi hingga bahan rata
^ sekitar 25minit dengan kelajuan tinggi
- bancuh HIGOAT COCOA seperti buat air minuman
- celup biskut ke dalam air HIGOAT COCOA sekitar 5saat dan susun dalam containers
- paipkan bahan A hingga menutupi biskut
- taburkan HIGOAT COCOA hingga rata menutupi cheese cream tetapi nipis sahaja
- ulangi proses yang sama dan akhiri dengan hiasan buah-buahan
- simpan dalam peti sejuk lebih dari 10jam



Ahad, 10 Jun 2012

sotong goreng tomyam


bahan :
 500gm sotong
* di kelar serong carenye masukan pisau lain dlm badan sotong hingga ke bontotnye
dan kelar serong sebelah atasnye...nak cntik lagi halus lagi cntik*

1biji bawang besar - di potong bulat
2ulas bawang putih - di ketuk
1/2 inci halia - di ketuk
15biji cili api - potong serong
1keping asam jawa
^ basuh dan tos bahan di atas

1 1/2 kiub pati tomyam knoor brand
sedikit serbuk pasti sedap knoor
sedikit garam
jike ade serai dan daun limau purut lg best!!!

caranya :

- panaskan minyak tumis bahan yg di potong hingga layu.
*jike ade serai dan daun limau purut tumis ni dulu bru bahan hirisan yo

- masukan kiub tomyam kacau rata dan terus masuk sotong,kacau rata biar seketika
- masukan garam dan serbuk perasa kacau hingga sotong masak dan siap utk di hidangankan.

*tempoh masak kire2 10-15minit sahaja simple dan mudah plze jgn sesekali bubuh air nnti xsedap,air sotong tu pun dah banyak ok,selamat mencuba

Sabtu, 9 Jun 2012

bihun goreng kosong


bahan :
1/2bungkus bihun kering - rendam seketika bagi lembut dan toskan

8tangkai cili kering
1labu bawang besar
2ulas bawang putih
1inci halia
sedikit ikan bilis
sedikit air
^ potong,bersihkan,toskan dan blander bahan di atas

2sudu besar cili sos
2sudu besar sos tiram
1sudu besar kicap
2biji telur
200gm daging kisar
1cwn air putih
1sudu kecik garam
1sudu kecik serbuk pati ayam
1sudu kecik serbuk knorr pasti sedap
1/2cwn minyak masak

cara :

- panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
- masuk daging kisar dan kacau hingga sebati dan masukan telur kacau lg hingga rata
- masukan sos tiram,sos cili,kicap,garam,knoor pasti sedap dan kacau sebati
- masukan bihun dan masuk air,kacau hingga air kering dan bihun lembut
- sedia untuk di hidangan bersama limau kasturi,daun sup/daun bawang jugak cili jeruk

* mudah untuk di sediakan dan selamat mencuba*


cili jeruk mudah


bahan: 
200gm cili hijau yang fresh a.k.a tegang,berkilat,licin
1sudu kecik garam
1sudu kecik gula
325ml @ 1botol cuka buatan - brands jalen botol kuning-

care:
- potong cili hijauikut kesukaanjgn terlalu nipis dan jgn terlalu tebal
 - cuci cili dan buang bijinya yang terapung2 tu
- jemur atas surat khabar di bawah terik matahari hingga cili/surat khabar tu kering sekitar 1jam ke 2jam
- masuk dalam balang/bekas tuang semua cuka 1 botol tu letak garam n gule
- tutup balang tu dan biarkan sehingga cili bertukar warne pudar sekitar 3 ke 4jam

***siap dan boleh di makan....cili jeruk ni boleh tahan boleh  sehingga 2minggu tanpa di simpan dalam peti sejuk***

***tiada selaput putih or bau yang kureng sedap,tidak perlu air panas......simple......***


resepi by : http://www.dapurkakjee.com/ tq dear..... :-)

"dealer" Push Pop Cake Containers FOR SALE


Push Pop Cake Containers for prices please personally message 

(PM in facebook or 017 3819 371 anum )


pre oder : Push Pop Cake Containers minima 10pcs
(items highly a limited next order 3weeks!!!)


size Push Pop Cake Containers : 

Height (in containers): 7.5cm
High (outside the container): 8.5cm
Diameter: 15.5cm
Stick length: 10cm


- Push Pop Containers -


- Carrot Cake with cream cheese frosting in Push Pop Cake Containers -

- rainbow mini cake with fresh cream in Push Pop Containers -