Memaparkan catatan dengan label masakan sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan sayur. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

sayur sawi goreng ala kedai


bahan:
beberapa pokok sayur sawi
udang/sotong
1biji bawang besar -hiris
1ulas bawang putih -hiris
1/2inci halia -hiris
1biji cili merah -potong serong
2-3 titik minyak bijan (xletak pun xpe)
sedikit air putih
garam/serbuk ayam/knorr pasti sedap
minyak masak

cara:
- panaskan minyak tumis bahan hirisan hingga layu dan naik bau
- masukan sotong dan udang jugak batang sawi tumis lagi dgn sedikit air
- masukan daun sawi dan minyak bijan garam/serbuk ayam/knorr pasti sedap
- kacau rata2 dan siap untuk di hidangkan

Selasa, 10 Julai 2012

tumis kubis dengan suun


bahan :
 kubis - hiris halus
lobak merah - sagat
suun - rendam seketika biar lembut

bahan tumis:
bawang besar
bawang putih
halia
^ hilis bahan di atas

lada hitam - kasar
telur ayam
minyak masak
air putih
garam
serbuk ayam

cara:

- panaskan minyak masukan bahan tumis dan biarkan layu serta naik bau masukan lada hitam kacau sebati
- pecahkan telur kacau rata hingga hancur dan masukan suun dan kacau sebati
- masukan kubis dan kacau rata hingga layu kemudian masukan lobak merah biar renih seketika
- tambah bahan perasa dan garam
- jika mahu berkuah boleh letak air dan biarkan seketika hingga mendidih



Isnin, 2 Julai 2012

sayur kacang dengan cendawan


bahan:
kacang buncis
cendawan tiram
serbuk lada hitam kasar

bawang besar
bawang putih
halia
^ hiris halus dan basuh

minyak masak
1biji telur ayam
garam
air putih

cara:
- panaskan minyak tumis bahan hirisan hingga layu dan naik bau
- pecahkan telur kacau hingga hancur dan masukan pula cendawan tiram
- masuk kacang dan lada hitam kacau sebati
- jika mahu sedikit kuah tambahkan air renih seketika da sedia di hidangkan

Isnin, 24 Oktober 2011

kacang goreng cepat

bahan:
kacang buncis - potong serong
lobak merah - potong bulat
telur
bawang besar - hiris halus
bawang putih - hiris halus
sos tiram
serbuk lada hiatm - sedikit kasar
knorr pasti sedap
sedikit air
garam
minyak memasak

cara:
- panaskan kuali dengan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
- masukan sos tiram kacau rata2 dan masukan telur hingga rata.
- masukan perasa dan serbuk lada hitam
- masukan kacang dan lobak merah masak hingga 50% layu dan masuk air..masak dalam 2minit lagi dengan api yang sedehana besar.