Memaparkan catatan dengan label kuih muih tempatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih muih tempatan. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

cekodok pisang ala che mat gebu


bahan:
8 -10biji pisang abu (ape2 pisang pun ok)

V - ayak bahan di bawah
1 1/2cawan tepung gandum
1sudu teh soda bikarbonat

secubit garam
4sudu besar gula pasir
minyak masak

cara:
- lenyek pisang hingga halus
- masukan garam dan gula kacau rata
- masukan tepung dan soda bikarbonat kacau rata2 dan perap 15minit
- panaskan minyak mengoreng 
- sudukan adunan cekodok dlm minyak panas goreng hingga garing

** by: blog che mat gebu (dapur tanpa sempadan) **


Khamis, 4 Ogos 2011

kuih sagu mata ikan

bahan A:
1cawan sagu putih basuh dan toskan
1/2cawan gula pasir
2cawan air
sedikit pewarna merah
sedikit perasa ros

bahanB:
1/2biji kelapa parut putih
1sudu kecil garam

cara A:
-semua bahan di masukan dalam kuali dan kacau hingga pekat likat guna api kecik dan masuk dalam bekas dan sejukan.

cara B:
-bahan B 1 kan rata-rata dan kukus 15minit
-setelah siap boleh la golekkan kuih ke kelapa
-siap untuk di hidangankan.

pulut inti kelapa manis

bahanA:
beras pulut
santan segar
garam
caraA:
- rendam beras pulut selama1jam
- basuh dan toskan
- santan dan garam masuk sekali dan masuk pulut
- guna api kecik je sampai pekat dan masak pulut tu
- angkat dan sejukkan

bahanB:
kelapa parut putih
gula merah
air
daun pandan
caraB:
- bahan2 di atas masak dalam kuali hingga kering dan siap
- sejukkan sebelum guna

cara2:
- duan pisang di layokan atas api
- letak sikit pulut dan letak inti
- bungkus seperti nasi lemak


popia mini ala anum

bahan:
1pek daging ayam kisar ramly
1mangkuk kecil sayur campur
1biji telur + 1sudu teh serbuk knorr pasti sedap = goreng kasi hancur dan ketepikan
garam
serbuk perasa ayam
serbuk knorr pasti sedap
*cili giling
*bawang merah
*bawang putih
*halia
(blander semua bahan * )
cara2:
- tumis bahan2 blander tadi hingga harum.
- masukan ayam 2 kacau sampai masak dan rata
- masukan perase dan sayur
- masuk telur.
- kacau lagi hingga kering dan siap semua.
- sejukan sebelum di gulung pada popia
=boleh jugak buat inti karipap,puff,murtabak,roti john dan roti goreng berinti..