Memaparkan catatan dengan label makanan ringan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan ringan. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

cekodok pisang ala che mat gebu


bahan:
8 -10biji pisang abu (ape2 pisang pun ok)

V - ayak bahan di bawah
1 1/2cawan tepung gandum
1sudu teh soda bikarbonat

secubit garam
4sudu besar gula pasir
minyak masak

cara:
- lenyek pisang hingga halus
- masukan garam dan gula kacau rata
- masukan tepung dan soda bikarbonat kacau rata2 dan perap 15minit
- panaskan minyak mengoreng 
- sudukan adunan cekodok dlm minyak panas goreng hingga garing

** by: blog che mat gebu (dapur tanpa sempadan) **


Sabtu, 4 Februari 2012

maggi goreng lewat malam

bahan :
sebungkus mee maggi perasa kari
1biji telur ayam
50gm danging kisar (ramlee brand) - basuh sedikit
1biji bawang besar - hiris halus,basuh dan toskan
1ulas bawang putih - hiris halus,basuh dan toskan
sedikit halia - hiris,basuh dan toskan
5-8 batang cili api -belah 2,basuh dan toskan
minyak masak
1/4cawan air putih

cara :
- panaskan minyak tumis bawang,halia dan cili hingga layu
- masukan daging kisar dan kacau rata hingga daging masak
- pecahkan telur dan kacau rata hingga telur membeku
- masukan perencah kari dan tumis seketika
- pecah2kan maggi dan tumiskan lalu masukan air masak hingga air mengering dan mee lembut


Jumaat, 6 Januari 2012

cempedak ragup mertua

bahan :
cempedak ranum
tepung gandum
tepung beras
kunyit serbuk/pewarna kuning
garam
air
minyak masak

cara :
- bahan di atas gaul rata2 hingga sebati
- celup cempedak dalam bahan tadi
- panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dan sediakan untuk di hidangkan


Rabu, 7 Disember 2011

roti sosej petang

bahan:

roti putih
sosej (adeorg rebus dulu,anum tak suke so terpulang la)
tepung gandum+air buat pelekat
minyak

care:

- lenyek roti sampai nipis tujuan untuk tidak serap minyak semase mengoreng
- letak sosej dan gulung rapat2
- letakkan pelekat dan biar kering seketika
- potong untuk bagi kecik
- panaskan minyak dan goreng,balik2kan hingga garing dan toskan.
- hidang bersama sos cili dan mayo

Isnin, 24 Oktober 2011

cekodok hujan

bahan:
tepung gandum
garam
knorr pasti sedap
knorr pati ayam
daun sup - di hiris halus
daun bawang - di hiris halus
bawang kecil - di hiris halus
cili api -hiris halus
kentang - di potong dadu
ikan bilis - di goreng dahulu
air putih
minyak memasak -untuk mengoreng
sos cili

cara:
- semua bahan di campur sekali dan kacau hingga rata(adunan jangan cair sangat dan jangan pekat sangat)
- panaskan kuali dengan minyak dan sendukkan sesudu adunan ke dalam kuali
- api mestilah sedehana besar dan tidak dalam keadaan yang sangat panas.
- balik2kan cekodok hingga bertukar menjadi kuning kemasan dan bolehlah di angkat
- sedia di hidangkan bersama sos cili

Rabu, 10 Ogos 2011

cucur jagung dengan susu Hi Goat HR

bahan-bahan:

tepung gandum

jagung-dihiris nipis
susu Hi Goat HR
gula - ikut citarasa sendiri
secubit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat(tak letak pun tak pe)
air secukuppnya

cara membuatnya:


-campurkan semua bahan2 kecuali jagung,bancuhkan dengan air sehingga sebati(jgn terlalu pekat dan jangan terlalu cair)

-masukkan jagung,biarkan sebentar dalam 5 minit

-panaskan minyak,dan boleh la mula menggoreng.

selamat mencuba


Khamis, 4 Ogos 2011

kentang goreng simple

bahan:
kentang
tepung goreng kentaki
garam
serbul lada hitam
serbuk kari


cara:
-potong kentang dan basuh
-gaul semua bahan-bahan di atas dan goreng hingga empuk n kuning.
-siap untuk di makan.



pancake susu Hi Goat HR

bahan-bahannya:
1biji telur
2sudu besar majerin pelangi
(cairkan atas api dan sejukkan sekejap)
1cawan tepung gandum
4suduteh(sudu kfc) gula
1suduteh(sudu kfc) garam
1cawan susu
(anum bancuh susu kambing hi goat HR) tapi bleh pakai susu cair biase je
1sudu teh soda bikabonat...bukan baking powder ye

cara-care:
1-masuk semua bahan dlm blander dan blander bahan2 ni.
2-panaskan pan..jangan guna api besar sgt ye.
3-letak sesenduk dalam pan dan terbalikkan kalau dah agak kering atas..tak perlu letak minyak or majerin dlm pan sebab dalam adunan tu da ade majerin...tak melekat punye..