Memaparkan catatan dengan label sarapan pagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarapan pagi. Papar semua catatan

Rabu, 7 November 2012

nasi goreng kari seafood


bahan:
nasi sejuk
minyak masak
garam/serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap knorr
telur ayam
serbuk kari daging dan ayam adabi

bahan basah:
udang
sotong
ayam

bahan hiris:
bawang besar
bawang putih
cili padi

cara:
- panaskan minyak tumis bahan hiris hingga layu dan naik bau
- masukan bahan basah hingga bertukar warna dan empuk
- masukan telur dan kacau sebati
-masukan garam/serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap knorr dan serbuk kari kacau rata-rata
- akhir sekali masukan nasi sejuk yang di hancurkan gaul rata-rata,siap untuk di hidangakan


Isnin, 21 Mei 2012

nasi lemak HIGOAT PREMIUM istimewa


bahan nasi lemak:
beras
bawang besar - hiris
halia -halia
serai - ketuk/titikan
daun pandan - koyak dan simpulkan
sedikit garam
sedikit halba
air putih mengikut sukatan beras air
3SACHET SUSU HIGOAT PREMIUM + AIR PANAS
*bagi 2pot beras untuk mendapatkan hasil yang sedap*

cara masak:
basuh beras bersih campur semua bahan dan masak nasi hingga kering

bahan sambal udang:
udang - kupas,basuh dan toskn
bawang besar
bawang putih
halia
cili kering
air putih
^ kisar bhn ini
air asam jawa
garam,gula,serbuk pati ayam,serbuk pasti sedap
minyak masak,air putih

cara masak sambal:
1- tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau
2- masukan air asam jawa dan bahan perasa
3-masukkan udang,air putih renih lagi sedia utk di hidangkan

bahan sampingan:
 timun
telur rebus / telur goreng
ikan bilis dan kacang tanah goreng

NOTA: SUKATAN BAHAN TIDAK DI SEDIAKAN BERGATUNG PADA PILIHAN UNTUK BERAPA HIDANGAN YANG INGIN DI HASILKAN

SELAMAT MENCUBA


Jumaat, 24 Februari 2012

cekodok roti lada hitam

bahan :
10 keping  roti putih - brand gardenia
(di koyak kecil2)

1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk halus
garam
serbuk ayam
5biji telur
^ pukul rata bahan di atas seperti buat telur dadar

minyak masak

cara :
- panaskan minyak dengan api yang kecil
- satukan bahan2 di atas agar adunan telur meresap di keseluruhan roti
- kepal2kan agar melekat,goreng dalam api yang perlahan agar masak same rata dan garing
- balik2kan roti agak tidak hitam,sedia untuk di hidangankan.

RUJUKAN RESEPI DAN ILHAM DARI : RAKAN BERSAMA DALAM BELAJAR KEMAS ANGGERIK DI PERUMAHAN SEWA DAHULU,RESEPI SIMPLE..


Isnin, 23 Januari 2012

nasi goreng ceria pagi

bahan :
nasi sejuk
bawang besar
bawang putih
halia
cili padi ikan bilis
^potong,basuh dan bland bahan

minyak masak
serbuk knorr pasti sedap
garam
telur
kacang panjang
kobis
isi ayam

cara:
- panaskan minyak masak,masukan bahan yang di blander hingga naik bau
- pecahkan telur dan kacau rata
- masuk ayam,serbuk knorr pasti sedap,garam kacau rata2
- masukkan nasi dan kacau sebati
- akhir masukan kacang dan kobis masak 2minit dan sedia untuk di hidangkan



Khamis, 12 Januari 2012

nasi goreng morning

bahan :
nasi sejuk (nasi semalam)
bawang besar
bawang putih
cili padi
ikan bilis
sedikit air
^ basuh dan kisar bahan di atas
telur ayam
knorr serbuk pasti sedap
garam
minyak masak

bahan hiasam:
telur goreng, / ayam goreng
timun / daun salad
sos cili / kicap manis

cara :
- panaskan minyak
- tumis bahan kisar hingga garing
- pecahkan telur kacau sebati dan masukan knorr pasti sedap jugak garam
- masukan nasi sejuk yang telah di hancurkan kacau hingga rata

# jika suka boleh letak pelbagai seefood atau sayur2ran

Ahad, 1 Januari 2012

nasi lemak emak

bahan nasi :
beras
santan/ susu higoat
garam
bawang besar - hiris
halia - hiris
daun pandan - koyak dan simpulkan
* kalau suka boleh letak halba

cara :
-basuh beras hingga bersih masuk semua bahan di atas dalam periuk nasi
-tambah santan/susu higoat dan air secukupnya
-masak seperti biasa sehingga nasi masak sepenuhnya
-boleh kacau2 semasa masak supaya masak dengan sempurna

bahan sambal :
cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
air
^ kisar bahan di atas
bawang besar - hiris
ikan bilis - basuh dan toskan
asam jawa
air
minyak
garam
gula
knorr pasti sedap
serbuk pati ikan bilis

cara :
-panaskan minyak masak dalam kuali
-tumis bahan yang di kisar hingga garing (pecah minyak/minyak terbit)
-masukan asam jawa dan terus renihkan sambal hingga sambal sedikit kering
-masukan air dan didihkan lagi,masukan ikan bilis biar seketika
-masukan bawang besar yang di hiris dan didihkan lagi
-masuk bahan perasa dan didihkan lagi hingga mendapat kepekatan yang anda suka
-tutup api dan sedia untuk di hidangkan
*untuk mendapat sambal yang enak masak dengan api yang sedehana dan lama 30 ke 40minit supaya cili masak sengan sempurna(cili mentah)
*jaga api supaya cili tidak hanggit sentiasa di kacau.

baha hiasan nasi lemak :
timun - hiris sedehana tebal
kacang tanah - goreng hingga garing dan kekuningan
ikan bilis - basuh/tos dan goreng hingga garing kekuningan
telur goreng/telur rebus/ayam goreng dan aneka lauk lain
daun pisang - di layokan atas api untuk buat nasi lemak bungkus