bahan nasi :
beras
santan/ susu higoat
garam
bawang besar - hiris
halia - hiris
daun pandan - koyak dan simpulkan
* kalau suka boleh letak halba
cara :
-basuh beras hingga bersih masuk semua bahan di atas dalam periuk nasi
-tambah santan/susu higoat dan air secukupnya
-masak seperti biasa sehingga nasi masak sepenuhnya
-boleh kacau2 semasa masak supaya masak dengan sempurna
bahan sambal :
cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
air
^ kisar bahan di atas
bawang besar - hiris
ikan bilis - basuh dan toskan
asam jawa
air
minyak
garam
gula
knorr pasti sedap
serbuk pati ikan bilis
cara :
-panaskan minyak masak dalam kuali
-tumis bahan yang di kisar hingga garing (pecah minyak/minyak terbit)
-masukan asam jawa dan terus renihkan sambal hingga sambal sedikit kering
-masukan air dan didihkan lagi,masukan ikan bilis biar seketika
-masukan bawang besar yang di hiris dan didihkan lagi
-masuk bahan perasa dan didihkan lagi hingga mendapat kepekatan yang anda suka
-tutup api dan sedia untuk di hidangkan
*untuk mendapat sambal yang enak masak dengan api yang sedehana dan lama 30 ke 40minit supaya cili masak sengan sempurna(cili mentah)
*jaga api supaya cili tidak hanggit sentiasa di kacau.
baha hiasan nasi lemak :
timun - hiris sedehana tebal
kacang tanah - goreng hingga garing dan kekuningan
ikan bilis - basuh/tos dan goreng hingga garing kekuningan
telur goreng/telur rebus/ayam goreng dan aneka lauk lain
daun pisang - di layokan atas api untuk buat nasi lemak bungkus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan