Rabu, 27 Jun 2012

blueberry cheese tat


bahan shell tat:

250gm buttercup
1 biji telur saiz B
5 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula aising
1 sudu teh esen vanilla
tepung gandum - sehingga menjadi doh


cara buat shell tat:

- butter dan gula gaul guna senduk kayu sahaja hingga sebati 
- masukkan telur dan esen kacau lagi
- masukan tepung jagung dan kacau hingga sebati 
- masukkan tepung gandum sdikit sedikit hingga jadi doh

- ambil dan bulatkan doh sebesar mana mould yg diguna
- terap pada mould tat hingga penuh keseluruhan mould
**jangan terlalu tebal sangat kerana doh akan kembang bila dibakar**

- kemaskan bahagian atas sama paras mould tat
- cucuk dengan grafu/lidi di tengah2 permukaan doh di sekeliling mould tat
- bakar 20minit dengan kepanasan oven 170oC hingga kekuningan api atas bawah
- sejuk keluarkan dari mould tat dan letakkan dalam paper cup untuk di bakar bila dah letak cheese nanti




bahan filling cheese/blueberry

blueberry filling
1 biji telur saiz B
250gm Philadelpia Cream Cheese
60gm butter
60gm icing sugar


cara buat filling cheese

- cream cheese dan gula aising mix perlahan hingga gebu
-  masukkan sebiji telur dan esen pukul sekejap hingga sebati

- dalam shell paippingkan inti blueberry dan letakkan cream cheese yang telah siap tadi sama paras dengan permukaan shell
- lorekkan ikut kreativiti anda dan bakar lagi selama 10minit,150oC api atas sahaja
- keluarkan dari oven sejukkan seketika dan sedia untuk di hidangkan




resepi by : rakan facebook Zuraina Abu Talib

1 ulasan: