Isnin, 23 Julai 2012

kisah chocolate dates di bulan ramadan ini...


chocolate dates versi kak Mimi Miza 22 july 2012 ahad 2ramadan tq dear



chocolate dates versi kak  Norleylawati Ruslee 23july 2012 isnin 3ramadan tq dear

chocolate dates versi kak Ana Sahana 24 july 2012 selasa 4ramadan tq dear



chocolate dates versi kak Nurul'Ain Ain 25 july 2012 rabu 5ramadan tq dear



alhamdulilah semakin ramai kawan2 yg sudi mencube buat chocdates ni,jutaan terima kasih anum ucapakn ia kejayaan yang besar bg anum yg baru je dlm dunia masakan ni...

wow  tak lame lagi ade lagi yang bakal menyusul,siapa ape bentuknyee kihkihkih sabarrr yee
pade yang telah mencube tq2...sedapkan anak2 dan seisi keluarge mesti suke kan,jom buat chocolate dates mudah je jamin sedap!!!




Jumaat, 20 Julai 2012

chocolate dates ala yusuf taiyoob




bahan:
buah kurma safia - brand yusuf taiyoob
isi walnut - di bakar
* bakar 5minit suhu 150oc kepanasan atas dan bawah (sejukan seketika sebelum di gunakan)
mini papercup
coklat susu dan coklat gelap - brand beryls
* gabungan 2 coklat ini memberi rasa yang sangat sedap tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit



cara:

- buang biji buah kurma dengan gunting buah kurma dan masukan isi walnut yang di bakar
- cairkan coklat beryls kaedah double boiler,salut kurma yang berinti walnut hingga rata keseluruhan
- masukan kurma yang siap di salut coklat tadi dalam papercup dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan sedia untuk di hidangan


** untuk dapatkan pic step by step sile ke facebook saya https://www.facebook.com/rogayahhanum 



Ahad, 15 Julai 2012

rendang ayam goreng cili api HIGOAT PREMIUM


bahan:
ayam - di potong kecil,basuh dan toskan
** gaul dengan garam dan goreng sekatika hingga sedikit kekuningan**

daun limau purut - basuh/hiris halus
daun kunyit - basuh/hiris halus
serai - basuh dan ketuk/titikkan
serbuk RENDANG - adabi brand
kerisik
air asam jawa
minyak masak
air putih
SUSU HIGOAT PREMIUM/ santan - bancuh seperti santan cair
garam/gula/serbuk pati ayam knoor/serbuk pasti sedap knoor

bahan kisar:
bawang besar
bawang putih
cili padi
halia
kunyit
lengkuas
serai
air

cara:
- panaskan minyak masukan serai yang di ketuk terlebih dahulu bagi naik bau
- masukan pula bahan kisar dan tumis hingga garing naik bau dan pecah minyak
- masukan pula serbuk RENDANG adabi kacau rata dan renih seketika
- masukan air asam jawa dan biar sebati dan masukan ayam yang di goreng td
- kacau rendang biar renih seketika kemudian masukan air dan biar mendidih
- masukan daun kunyit/daun limau purut dan SUSU HIGAOT PREMIUM/santan dan terus kacau perlahan2
- masukan pula kerisik dan biar seketika sebelum masukan garam/gula/serbuk pati ayam knoor/serbuk pasti sedap knoor,renih lagi sambil kacau perlahan2 hingga rendang pekat dan sedia utk di hidangkan
* jaga api dan sentiasa kacau rendang jangan biar rendang pecah santan/susu*

Jumaat, 13 Julai 2012

kari telur goreng SUSU HiGOAT


bahan:
telur ayam - rebus dan goreng
ubi kentang - rebus dan goreng
daun kari
minyak masak
rempah kari daging dan ayam - adabi brand
air asam jawa
air putih
garam/gula/serbuk pati ayam knorr/serbuk pasti sedap knorr
SUSU HiGOAT - penganti santan
*bancuh dahulu mengunakan kuah yang mendidih

bahan kisar:
bawang besar
bawang putih
halia
lada kering
air putih

cara:
- panasakan minyak tumis bahan kisar hingga terbit minyak dan naik bau
- masukan daun kari dan serbuk kari kacau rata
- masukan air asam jawa dan air putih biar mendidih seketika
- masukan kentang di dalam periuk biar mendidih sekali 
**di rebus dahulu kemudian di goreng seketika**
- masukan garam/gula/serbuk pati ayam knorr/serbuk pasti sedap knorr
- masukan telur dan biarkan seketika sebelom masukan susu
**di rebus dahulu kemudian di goreng seketika**
- last masukan SUSU HiGOAT dan kacau hingga susu rata dan biar mendidih seketika dan siap untuk di hidangan...







Selasa, 10 Julai 2012

tumis kubis dengan suun


bahan :
 kubis - hiris halus
lobak merah - sagat
suun - rendam seketika biar lembut

bahan tumis:
bawang besar
bawang putih
halia
^ hilis bahan di atas

lada hitam - kasar
telur ayam
minyak masak
air putih
garam
serbuk ayam

cara:

- panaskan minyak masukan bahan tumis dan biarkan layu serta naik bau masukan lada hitam kacau sebati
- pecahkan telur kacau rata hingga hancur dan masukan suun dan kacau sebati
- masukan kubis dan kacau rata hingga layu kemudian masukan lobak merah biar renih seketika
- tambah bahan perasa dan garam
- jika mahu berkuah boleh letak air dan biarkan seketika hingga mendidih



Isnin, 2 Julai 2012

butter danish cookies


bahan:
125gm buttercup
45gm gula aising

V - ayak bahan di bawah
140gm tepung gandum
1/4sudu teh baking powder

1sudu teh butter emulco
1/2sudu teh esen vanila

bahan hiasan:
* kacang badam cincang
* mini chocolate chip
* gula halus

cara:
- mix butter dan gula aising hingga kembang dan putih
- masukan bahan yang siap di ayak sedikit demi sedikit hingga habis
- masukan butter emulco dan esen vanila mix hingga rata
- kacau seketika guna senduk dan masukan dlm paipping beg rehatkan seketika 10minit dan sedia utk dipaipkan ke atas dulang pembakar setelah itu hias ikut kesukaan
- suhu 180oc selama 10minit api atas bawah

RESEPI BY : RAKAN FACEBOOK Sri Idayu Ghulam Rasol

sayur kacang dengan cendawan


bahan:
kacang buncis
cendawan tiram
serbuk lada hitam kasar

bawang besar
bawang putih
halia
^ hiris halus dan basuh

minyak masak
1biji telur ayam
garam
air putih

cara:
- panaskan minyak tumis bahan hirisan hingga layu dan naik bau
- pecahkan telur kacau hingga hancur dan masukan pula cendawan tiram
- masuk kacang dan lada hitam kacau sebati
- jika mahu sedikit kuah tambahkan air renih seketika da sedia di hidangkan