Selasa, 11 Oktober 2011

kuey teow goreng simple ala anum

bahan2:

1 bungkus mee kuey teow (basuh dan toskan)
bawang besar
bawang putih
seinci halia
^ kupas,basuh dan blanderkan bahan2 di atas
cili kisar/cili giling/cili paste.cili boh
sos tiram
minyak masak
telur ayam
tauger/sawi/daun kucai(potong ikut suke)
udang/kerang/ayam/daging/sotong dll(basuh dan toskan)
sedikit air putih
garam
knorr pasti sedap
serbuk pati ayam knorr
kicap manis
daun sup dan daun bawang (potong halus2)

* bahan hiasan : timun,sos cili,limau kasturi,bawang goreng

cara2:
- panaskan minyak masak tumis bahan yang di kisar hingga wangi kemudian masukan cili paste tumis hingga garing dan wangi(kering)
- masukan sos tiram kacau lagi dan masukan garam,knorr pasti sedap,serbuk pati ayam knorr terus tumis
- masukan udang/sotong/ayam/daging/kerang kacau hingga masak bahan mentah
- pecahkan telur kacau hingga telur rata
- masukan mee kuey teow kacau hingga rata masukan sedikit air,kacau hingga kering mee kuey teow tu.
- last masukan kicap manis dan sayur2 yang lain kacau hingga bahan ini separuh layu
- bila dah tutup api masukan daun sup dan daun bawang kacau seketika.
- siap untuk di hidangkan bersama bahan2 hiasan.

(sukatan bahan tidak di sediakan,main agak2 je..sesuai dgn sebungkus mee kuey teow)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan