Bahan A
350gm tepung gandum
3 tsp baking powder
1 tsp garam
200 gm gula perang
Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu cair je - nak pakai susu segar lagi bagus
1 tsp emulco coklat
1 biji telur Bsaiz [dipukul sedikit]
1 penutup esen vanilla
3 cips coklat,susu dan strawberry secukupnya
kertas muffin
Cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C api atas bawah selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan spatula atau senduk panjang
5. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
6. Bakar selama 20 minit atau 25minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan