Jumaat, 3 Februari 2012

nasi ayam senja petang

bahan nasi ayam :

beras - basuh dan toskan
majerin planta
kulit kayu manis
bunga cengkir
bunga lawang
bawang besar - hiris halus,basuh dan tos
bawang putih - hiris halus,basuh dan tos
halia - hiris halus,basuh dan tos
air rebusan ayam
garam
*serbuk pati ayam

 cara :

- panaskan periuk nasi masukan planta terus masukan kulit kayu manis,bunga cengkir dan bunga lawang tumis hingga naik bau
- masukan pula bahan hirisan dan tumis hingga layu kuning kemasan dan naik aroma
- masukan beras dan kacau sebati dan masukan garam
- masukan air rebusan ayam dan masak nasi hingga kering boleh di hidangkan

bahan ayam rempah :

isi ayam - potong,basuh dan tos
serbuk rempah kari ayam
serbuk rempah sup ayam
sos tiram
serbuk kunyit
jintan manis
jintan putih
minyak bijan
garam
gula
serbuk limau nipis knorr
kicap
minyak masak

cara :

- ayam di gaul sebati dengan bahan2 di atas dan perap seketika di dalam peti sejuk
- panaskan minyak goreng ayam hingga garing dan sedia untuk di hidangkan

bahan sup ayam :

tulang ayam
minyak masak
bawang putih
bawang besar
halia
^ potong,basuh dan blanderkan bahan tumisan
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkir
air putih
garam
serbuk sup ayam

cara :

- panaskan periuk masukan minyak
- tumis kulit kayu manis,bunga cengkir dan bunga lawang hingga naik aroma
- masukan bahan yang di kisar ke dalam periuk dan tumis hingga naik bau
- masukan tulang ayam/isi ayam dan gaul rata2,masukan air dan renih hingga mendidih
- masukan garam dan serbuk sup ayam biarkan mendidih lagi dan sedia di hidangkan

#SUP INI JUGA DI GUNAKAN UNTUK MASAK NASI DI ATAS DI CADANGKAN SUP BUAR BANYAK UNTUK BUAT SOS AYAM

bahan sos merah :

lada merah - potong,basuh dan kisar
sos cili
sup ayam
garam
gula

cara :

- kacau sebati bahan di atas dlm kuali dan masak seketika hingga mendidih dan sedia di hidangkan

bahan hiasan :

timun - potong serong dan basuh
tomato - basuh dan potong bulat
daun salad - basuh bersih
daun sup dan daun bawang - basuh dan hiris halus
bawang goreng






Tiada ulasan:

Catat Ulasan