Selasa, 31 Januari 2012

cookies corn flakes nyumi

bahan :
125gm majerin
30gm gula halus
1biji kuning telur
65gm tepung gandum
25gm tepung jagung
^ayak tepung di atas
esen vanila
corn flakes-ramas sikit
cipcoklat
badam cincang

cara :
- pukul majerin dan gula hingga sebati (pakai senduk kayu je)
- masukan esen vanila dan kuning telur dan pukul lagi sampai rata
- masukan tepung dan kacau sebati
- masukan corn flakes + cipcoklat + badam cincang kacau lagi sampai sebati
- lebihan corn flakes salut di luar cookies
- bakar 170c selama 20 ke 25minit kepanasan atas dan bawah
- sejukan dan simpan di tempat kedap udara

=AWAS RASANYA RAPUH DAN SEDAP......

RUJUKAN RESEPI DARI: SITI NORNAIM KENG (RAKAN FB)
# RESEPI INI SUDAH DI OLAH MENGIKUT CITA RASA SAYA





Isnin, 23 Januari 2012

muffin corn flakes badam dan cip coklat

bahan :
400gm tepung gandum
3tsp baking powder
1tsp sodabikabonat
^ayak bahan di atas

4biji telur
120gm gula perang
120gm gula halus
esen vanila
400ml susu cair
200ml minyak masak
1/4cwn badam cincang
1/4cwn cipcoklat
1/4cwn corn flakes - diramas

cara :
- kacau sebati bahan2 di atas hingga rata
- masukkan tepung yang di ayak sedikit2 hingga habis dan kacau sebati
- masukan badam,cipcoklat dan corn flakes dan kacau lagi
- letak dalam cup dan bakar 20minit suhu 180c



nasi goreng ceria pagi

bahan :
nasi sejuk
bawang besar
bawang putih
halia
cili padi ikan bilis
^potong,basuh dan bland bahan

minyak masak
serbuk knorr pasti sedap
garam
telur
kacang panjang
kobis
isi ayam

cara:
- panaskan minyak masak,masukan bahan yang di blander hingga naik bau
- pecahkan telur dan kacau rata
- masuk ayam,serbuk knorr pasti sedap,garam kacau rata2
- masukkan nasi dan kacau sebati
- akhir masukan kacang dan kobis masak 2minit dan sedia untuk di hidangkan



Rabu, 18 Januari 2012

ikan talapia merah masak taucu

bahan :
ikan talapia merah - potong dan basuh
garam
serbuk kunyit
minyak masak
^gaul sebati dan goreng hingga garing,ketepikan

bawang merah
bawang putih
halia
cili padi
^hiris,basuh dan toskan

2bungkus taucu
ais asam jawa
air putih
sedikit garam jika perlu
gula pasir
sedikit knorr serbuk pasti sedap
minyak masak

cara :
- panaskan minyak masukan bahan hirisan tumis hingga naik bau dan kekuningan layu
- masukan taucu tumis seketika,masukan air dan biarkan mendidih
- masuk ikan yang siap di goreng kacau rata dan biarkan seketika mendidih
- masukan perasa biarkan seketika dan sedia utk di hidangkan

Selasa, 17 Januari 2012

asam pedas ayam goreng

bahan :
ayam
garam
serbuk kunyit
minyak masak
^goreng ayam hingga garing dan ketepikan

bawang besar
bawang putih
halia
cili kering
^potong,basuh dan blander bahan di atas

air asam jawa
minyak masak
daun kesom
bunga kantan
garam
gula
lada hitam - tumbuk kasar2
knorr serbuk pasti sedap
air putih - ikut kepekatan masing2
minyak masak

cara :
-tumis bahan kisar dlm minyak masak yang panas hingga naik aroma
-masuk bahan perasa dan asam jawa juga sedikit air biarkan mendidih
-masuk daun kesom dan bunga kantan jugak lada hitam biarkan didih lagi
-masukan ayam yang siap di goreng tadi dan air
-biarkan mendidih seketika sedia di hidangkan

mee goreng basah

bahan :
1bungkus mee kuning - basuh dan toskan

bawang besar
bawang putih
halia
lada kering
ikan bilis
^ potong,basuh dan blander bahan di atas

udang
isi ayam
sotong
bebola ikan
^potong,basuh dan toskan bahan2 di atas

telur ayam
sos tiram
sos cili
sos tomato
kicap manis
garam
gula
knorr serbuk pasti sedap
sedikit air putih

bahan hiasan :
limau kasturi dan daun sup/daun bawang - potong

cara :
-tumis bahan kisar tadi dlm minyak masak yang panas hingga naik aroma
-masukan telur dan kacau sebati dan masukan makanan laut dan masak seketika
-masukkan bahan perasa,sos,kicap dan masukan mee kuning kacau rata2
-masukan air dan biarkan mendidih seketika dan siap untuk di hidangkan
-hias dengan daun sup/daun bawang juga limau




Sabtu, 14 Januari 2012

tembikai blanded istimewa

bahan :
sebiji tembikai sedehana besar - potong
ais batu
air panas + gula pasir = buat air gula
*kemanisan gula bergantung kehendak masing2

cara :
- blander bahan di atas hingga sebati dan sedia di hidangkan

Jumaat, 13 Januari 2012

ayam taucu

bahan :
ayam - potong dan basuh
serbuk kunyit
garam
minyak masak
^ goreng sehingga garing dan ketepikan

bawang besar
bawang putih
halia
cili padi
^ hiris bahan di atas basuh dan toskan

2pek taucu
air asam jawa
gula pasir
minyak masak

cara :
- panaskan minyak tumis bahan hirisan tadi hingga layu dan naik aroma
- masukan taucu kacau rata
- masukan air asam jawa biarkan mendidih seketika
- tambah gula sedikit jika suka boleh letak garam
- letakkan ayam yang siap di goreng tadi kacau sebati dan sedia untuk di hidangkan

Khamis, 12 Januari 2012

nasi goreng morning

bahan :
nasi sejuk (nasi semalam)
bawang besar
bawang putih
cili padi
ikan bilis
sedikit air
^ basuh dan kisar bahan di atas
telur ayam
knorr serbuk pasti sedap
garam
minyak masak

bahan hiasam:
telur goreng, / ayam goreng
timun / daun salad
sos cili / kicap manis

cara :
- panaskan minyak
- tumis bahan kisar hingga garing
- pecahkan telur kacau sebati dan masukan knorr pasti sedap jugak garam
- masukan nasi sejuk yang telah di hancurkan kacau hingga rata

# jika suka boleh letak pelbagai seefood atau sayur2ran

Sabtu, 7 Januari 2012

unbake tiramitsu cake

bahan :
400gm biskut marie - asli
100gm milo - nak sedap lagi letak lagi banyak2
1sudu makan nescafe
500ml air panas - sebenarnye tak sukat pun main agak2 je
500gm cream cheese - tetura brand kalau nak sedap tukar je brand
500ml whipping cream non dairy - sejuk peti ye
100gm gula halus - anum tak letak sebab whipping cream anum dah manis

bahan hiasan tiramitsu cake :
buah strawberry

cara :
- putar whipping cream sehingga beku dan kaku kembang elok
- masuk cream cheese dalam mix dan putar lagi hingga sebati
(jika hendak manis mix gula sekali)
- bancuh nescafe dengan air panas jika suka pahit lebihkan nescafe (jangan letak gula)
- 1 lapisan whipping cheese cream di bawah bekas atau loyang
- biskut marie celup dalam nescafe seketika susun dalam bekas atau loyang menutupi keseluruhannya hingga penuh
- taburkan milo hingga menutupi biskut marie tadi dan ulangi langkah sehingga habis
- sejuk bekukan dalam peti sejuk semalaman dan sedia untuk di hidangkan
- hias dengan buah strawberry sedap di hidang sejuk2

RESEPI RUJUKAN DAN ILHAM DARI : Pn.Zuraina Abu Talib RAKAN FACEBOOK
RESEPI INI SUDAH DI OLAH MENGIKUT CITA RASA SAYA
AMARAN : RASA YANG SANGAT SEDAP DAN MENGIURKAN MATA DAN TEKAK ANDA



Jumaat, 6 Januari 2012

cempedak ragup mertua

bahan :
cempedak ranum
tepung gandum
tepung beras
kunyit serbuk/pewarna kuning
garam
air
minyak masak

cara :
- bahan di atas gaul rata2 hingga sebati
- celup cempedak dalam bahan tadi
- panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dan sediakan untuk di hidangkan


Isnin, 2 Januari 2012

apam senyum manis

bahan :
250gm tepung cap cempaka/wau/bluekey - ayak
2biji telur B - suhu bilik (kalau telur C pakai 3biji)
1sudu teh ovallete
220gm gula halus/caster
1penutup esen vanila
3/4 cawan asikrim soda
(brand mirinda botol biru jangan pakai brand F&N ye rase sodanye kuat)
perwarna dan filling

cara :
-telur,ovallete,gula esen vanila mix dengan kelajuan tinggi hingga gebu putih
(macm apam polkadot jugak)
-masukan tepung berselang seli dengan air aiskrim soda hingga habis dengan kelajuan perlahan hingga rata keseluruhan
-bahagikan untuk mewarna dan letak dalam paipping bag
(mcm apam polkadot juga caranya sama)

TIP :
*AIR KUKUSAN "WAJIB" PANAS MENGELEGAK "API BESAR"
*SEMUA BAHAN DALAM SUHU BILIK TIADA YANG SEJUK PETI
*TUTUP KUKUSAN DENGAN KAIN
* TEMPOH KUKUS 5 KE 7MINIT SAHAJA

RUJUKAN RESEPI DARI: BLOG SEMANIS GULA (DAPUR KAKZU)
# RESEPI INI SUDAH DI OLAH MENGIKUT CITA RASA SAYA
# AMARAN KERAS = RASANYA LEBIH SEDAP,LEBIH GEBU,LEBIH LEMBUT SEPERTI KAPAS RASA HAMPIR 90% SAMA SEPERTI APAM POLKADOT

Ahad, 1 Januari 2012

nasi lemak emak

bahan nasi :
beras
santan/ susu higoat
garam
bawang besar - hiris
halia - hiris
daun pandan - koyak dan simpulkan
* kalau suka boleh letak halba

cara :
-basuh beras hingga bersih masuk semua bahan di atas dalam periuk nasi
-tambah santan/susu higoat dan air secukupnya
-masak seperti biasa sehingga nasi masak sepenuhnya
-boleh kacau2 semasa masak supaya masak dengan sempurna

bahan sambal :
cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
air
^ kisar bahan di atas
bawang besar - hiris
ikan bilis - basuh dan toskan
asam jawa
air
minyak
garam
gula
knorr pasti sedap
serbuk pati ikan bilis

cara :
-panaskan minyak masak dalam kuali
-tumis bahan yang di kisar hingga garing (pecah minyak/minyak terbit)
-masukan asam jawa dan terus renihkan sambal hingga sambal sedikit kering
-masukan air dan didihkan lagi,masukan ikan bilis biar seketika
-masukan bawang besar yang di hiris dan didihkan lagi
-masuk bahan perasa dan didihkan lagi hingga mendapat kepekatan yang anda suka
-tutup api dan sedia untuk di hidangkan
*untuk mendapat sambal yang enak masak dengan api yang sedehana dan lama 30 ke 40minit supaya cili masak sengan sempurna(cili mentah)
*jaga api supaya cili tidak hanggit sentiasa di kacau.

baha hiasan nasi lemak :
timun - hiris sedehana tebal
kacang tanah - goreng hingga garing dan kekuningan
ikan bilis - basuh/tos dan goreng hingga garing kekuningan
telur goreng/telur rebus/ayam goreng dan aneka lauk lain
daun pisang - di layokan atas api untuk buat nasi lemak bungkus