Rabu, 7 Disember 2011

butter cupcake cipcoklat

bahan:

200 gram buttercup
160 gram gula caster
2 sudu makan tpg kastard*
220 tepung naik sendiri*
4 biji telur(A)
1 sudu kecil esen vanilla
coklat chip untuk hiasan
*diayak bersama

cara:

- panaskan oven 175`c
- pukul butter dan gula caster,sampai kembang dan berkrim
- masukkan telur satu persatu
- masukkan esen vanilla
- masukkan tepung sikit2..kelajuan perlahan
- masukkan dalam cup
- taburkan coklat chip
- bakar dalam masa 20-25 minit.

RESEPI BY: HAZLINA SALAM FACEBOOK

roti sosej petang

bahan:

roti putih
sosej (adeorg rebus dulu,anum tak suke so terpulang la)
tepung gandum+air buat pelekat
minyak

care:

- lenyek roti sampai nipis tujuan untuk tidak serap minyak semase mengoreng
- letak sosej dan gulung rapat2
- letakkan pelekat dan biar kering seketika
- potong untuk bagi kecik
- panaskan minyak dan goreng,balik2kan hingga garing dan toskan.
- hidang bersama sos cili dan mayo

ayam rempah anum

bahan:

isi ayam
serbuk kari
serbuk sup
serbuk kunyit
cili giling/cili boh
sos tiram
ketumbar
garam
serbuk knorr pasti sedap
minyak masak

care:

- gaul sebati semua,perap.
- goreng dalam minyak yang panas hingga garing

ikan siakap stim selera kawan

bahan:
halia (di hiris halus memanjang)
cili padi (di hiris)
cili merah (di hiris)
bawang besar (di hiris bulat)
bawang putih (di ketuk)
bawang kecil (di hiris halus)
1 biji buah lemon (di perah ambil jusnya)
sedikit sos tiram (brand adabi)
lobak merah (di hiris memanjang)
serai (di ketok)
cili sos (brand HEINZ 57)
minyak masak
sos untuk ikan masak kukus (brand mahkota)
daun sup
daun bawang
tomato (belah 4)
garam
knorr pasti sedap
cara:
- letak ikan di atas pinggan yang leper
- letak ikan  dan taburkan bahan2 di atas ikan
- jus lemon atas ikan tadi,letak garam,perasa ikut citarasa
- kukus sehingga ikan masak

OLAHAN RESEPI BY: HAZLINA SALAM DAN SITI NORNAIM KENG RAKAN FACEBOOK

Rabu, 2 November 2011

sambal ayam cepat

bahan:
ayam - potong dan bersihkan
serbuk lada hitam  - kasar
knorr pasti sedap
^ goreng dan ketepikan

bawang besar - di hiris halus
cili paste/cili giling/cili boh/cili kisar
sos cili
air putih
garam
serbuk pati ayam
knorr pasti sedap
minyak masak

untuk hiasan: daun bawang dan daun sup di hiris halus

cara:
- setelah mengoreng ayam,ketepikan dan biarkan seketika
- panaskan minyak masak ke dalam kuali
- tumis bawang besar hingga layu,masukan cili paste/cili giling/cili boh/cili kisar hingga garing dan harum
- masukan sos cili dan tumis lagi masukan air dan biarkan seketika hingga mendidih
- masukan perasa garam,di rasa dan boleh di hidangankan
- hias masakan dengan daun sup/daun bawang utk membangkitkan selera dan aroma

Selasa, 1 November 2011

MUFFIN COKLAT KISMIS DENGAN COKLAT CIP

Bahan A
350gm tepung gandum
3 tsp baking powder
1 tsp garam
200 gm gula perang

Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu cair je - nak pakai susu segar lagi bagus
1 tsp emulco coklat

1 biji telur  Bsaiz [dipukul sedikit]
1 penutup esen vanilla

3 cips coklat,susu dan strawberry secukupnya
kertas muffin

Cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C api atas bawah selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan spatula atau senduk panjang

5. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
6. Bakar selama 20 minit atau 25minit.


ayam goreng kita

bahan:
ayam - di potong ikut kegemaran dan bersihkan
kunyit serbuk
garam
serbuk lada hitam
serbuk pati ayam knorr
minyak masak

cara:
-gaul rata bahan semua dan goreng hingga garing