Sabtu, 24 September 2011

cupcake comel

Bahan:
200gram gula pasir halus
250gram majerin/butter
Telur ayam 5biji gred A/B
*250 gram tepung gandum
*½sudu teh soda
*½sudu teh baking
(ayak bahan yang bertanda *)
½sudu teh esen vanila
3sudu besar susu pekat manis

Cara:
-         Gula dan majerin putar hingga kembang dengan kelajuan tinggi selama 10 hingga 15 minit.
-         Masuk telur sebiji demi sebiji hingga habis dan putar lagi.masuk susu dan esen dan putar lagi hingga rata.
-         Gunakan  senduk/spatula masuk tepung sedikit demi sekit hingga habis dan gaul hingga rata.
-         Hias ikut krativiti individu.
bahan topping:

1 cawan krimwell
1 cawan  majerin/butter
1 cawan gula aising (ayak)
perasa/perwarna
paipping beg/nozzel

cara:
-putar hingga ringan dan putih kesemua bahan-bahan selama 10 ke 15minit dengan kelajuan tinggi.
-masuk pula perasa dan asing jika hendak mewarnakan lebih dari satu warna.
-siap di masukan dalam paipping beg yg sudah berserta nozzel.
-hias mengikut kehendak sendiri dan tabur colour rice untuk menyerlahkan lagi,selamat mencuba.


Sabtu, 3 September 2011

rendang daging versi anum

bahan:
bawang putih
bawang kecil
halia
lengkuas
serai
> kisar bahan di atas hingga halus
cili giling/cili boh/chilli paste
daging lembu
rempah kari daging adabi
santan kelapa
kerisik
daun limau purut
daun kunyit
kicap manis(tak letak pun tak apa)
minyak masak
garam,gula,serbuk pasti sedap knorr,serbuk perasa ayam
cara:
-tumis bahan yang di kisar hingga harum dan separuh garing
-masukan cili giling tumis lagi hingga garing
-masuk pula rempah kari daging tumis lagi
-setelah garing masukan daging gaul rata-rata dan biarkan hingga daging masak hingga empuk
-masukan santan gaul rata masak lagi hingga sebati
-masukan kicap manis kacau lagi
-masukan garam,gula,serbuk pasti sedap knorr,serbuk perasa ayam
-akhir sekali masukan kerisik,daun limau purut dan daun kunyit
-masak lagi hingga rata sebati dan empuk
-sedia untuk di makan bersama ketupat dan lemang


Selasa, 23 Ogos 2011

biskut nestum 2011

bahan yang di perlukan:
300gm plus2 (agak2 le) tepung gandum
1sudu stp baking powder
2biji kuning telur
250gm butter
150gm gula aising
2cawan nestum
hiasan:
lebihan nestum
betik merah cincang

care2:
-mix gula aising dan butter hingga kembang
-masuk telur dan mix lagi 15saat
-masuk tepung berselang seli dengan nestum mengunakan hujung jari hingga menjadi doh
-bulat2kan dan lepirkan di tapak tangan lalu di sandur dengan lebihan nestum hias dengan betik merah
-bakar biskut ikut kepanasan oven masing2 api atas bawah
-setelah sejuk boleh la simpan dalam balang kedap udara

Ahad, 14 Ogos 2011

moist coklat cake by mastura anggerik 1A

bahanA:
1cawan gula perang
1/4cawan gula halus
1tin susu cair
1cawan minyak
3/4cawan susu pekat manis
3/4cawan serbuk koko
1/4cawan milo

caraA:
-kesemua bahan A di satukan dan kacau hingga rata di atas api yang perlahan.
-matikan api dan sejukan seketika
-tapis adunan supaya tidak berketul-ketul

bahanB:
4biji telur A
1tsp "tsp = tea spoon" / sudu teh esen vanila

caraB:
-pukul bersama bahan B guna sudu hingga rata (seperti buat telur dadar)
-biarkan seketika

bahanC:
2cawan tepung gandum
1tsp "tsp = tea spoon" / sudu teh soda bikabonat
1tsp "tsp = tea spoon" / sudu teh baking powder

caraC:
-ayak bahan-bahan C dan ketepikan

cara-cara membuat:
-bahan A yang siap di masukan bahan B kacau rata-rata dan setelah itu masukan sikit-sikit bahan C hingga habis dan kacau hingga rata.
-masuk dalam bekas plastik tutup jangan rapat dan kukus selama 1jam

bahan TOPPING COKLAT:
1/2cawan serbuk koko
1/2cawan susu pekat manis
1/2cawan susu cair
1tbsp "tbsp = table spoon" / sudu besar minyak/butter/majerin

cara:
-kesemua bahan di kacau rata dalam mangkuk
-masak secara double boiler
-hias kek dengan colour rice

Rabu, 10 Ogos 2011

kek lobak merah dengan walnut

bahan-bahan

bahan A
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
300 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
1/2sudu stp soda bikarbonat   -diayak
1/2sudu stp baking powder

bahan C

200gm lobak merah - parut
70 gm walnut - dicincang

cara membuatnya
-pukul telur hingga pekat kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.masukkan minyak dan pukul hingga rata.
-masukkan bahan B kedalam bahan Adan gaul hingga rata.akhir sekali masukkan bahan C dan campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam loyang dan bakar mengikut suhu oven masing2.

cucur jagung dengan susu Hi Goat HR

bahan-bahan:

tepung gandum

jagung-dihiris nipis
susu Hi Goat HR
gula - ikut citarasa sendiri
secubit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat(tak letak pun tak pe)
air secukuppnya

cara membuatnya:


-campurkan semua bahan2 kecuali jagung,bancuhkan dengan air sehingga sebati(jgn terlalu pekat dan jangan terlalu cair)

-masukkan jagung,biarkan sebentar dalam 5 minit

-panaskan minyak,dan boleh la mula menggoreng.

selamat mencuba


Isnin, 8 Ogos 2011

agar-agar coco nyumi

Bahan-bahannya:

30 gram agar-agar tali
3 senduk gula pasir
1 tin susu cair
11/2 kole air
1 cawan koko - 1/4 daripadanya milo, dibancuh dengan sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Cuci agar-agar dan toskan airnya. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Tambahkan gula dan kacau hingga larut. Tambahkan dengan susu cair dan larutan kokomilo tadi. Kacau sebati.
3. Masak hingga adunan agar-agar mendidih dan kelihatan berkilat.
4. Masukkan dalam acuan dan bekukan.
5.untuk lebih sedap tambahkan coklat n susu cair sebagai hiasan