Selasa, 23 Ogos 2011

biskut nestum 2011

bahan yang di perlukan:
300gm plus2 (agak2 le) tepung gandum
1sudu stp baking powder
2biji kuning telur
250gm butter
150gm gula aising
2cawan nestum
hiasan:
lebihan nestum
betik merah cincang

care2:
-mix gula aising dan butter hingga kembang
-masuk telur dan mix lagi 15saat
-masuk tepung berselang seli dengan nestum mengunakan hujung jari hingga menjadi doh
-bulat2kan dan lepirkan di tapak tangan lalu di sandur dengan lebihan nestum hias dengan betik merah
-bakar biskut ikut kepanasan oven masing2 api atas bawah
-setelah sejuk boleh la simpan dalam balang kedap udara

Ahad, 14 Ogos 2011

moist coklat cake by mastura anggerik 1A

bahanA:
1cawan gula perang
1/4cawan gula halus
1tin susu cair
1cawan minyak
3/4cawan susu pekat manis
3/4cawan serbuk koko
1/4cawan milo

caraA:
-kesemua bahan A di satukan dan kacau hingga rata di atas api yang perlahan.
-matikan api dan sejukan seketika
-tapis adunan supaya tidak berketul-ketul

bahanB:
4biji telur A
1tsp "tsp = tea spoon" / sudu teh esen vanila

caraB:
-pukul bersama bahan B guna sudu hingga rata (seperti buat telur dadar)
-biarkan seketika

bahanC:
2cawan tepung gandum
1tsp "tsp = tea spoon" / sudu teh soda bikabonat
1tsp "tsp = tea spoon" / sudu teh baking powder

caraC:
-ayak bahan-bahan C dan ketepikan

cara-cara membuat:
-bahan A yang siap di masukan bahan B kacau rata-rata dan setelah itu masukan sikit-sikit bahan C hingga habis dan kacau hingga rata.
-masuk dalam bekas plastik tutup jangan rapat dan kukus selama 1jam

bahan TOPPING COKLAT:
1/2cawan serbuk koko
1/2cawan susu pekat manis
1/2cawan susu cair
1tbsp "tbsp = table spoon" / sudu besar minyak/butter/majerin

cara:
-kesemua bahan di kacau rata dalam mangkuk
-masak secara double boiler
-hias kek dengan colour rice

Rabu, 10 Ogos 2011

kek lobak merah dengan walnut

bahan-bahan

bahan A
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
300 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
1/2sudu stp soda bikarbonat   -diayak
1/2sudu stp baking powder

bahan C

200gm lobak merah - parut
70 gm walnut - dicincang

cara membuatnya
-pukul telur hingga pekat kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.masukkan minyak dan pukul hingga rata.
-masukkan bahan B kedalam bahan Adan gaul hingga rata.akhir sekali masukkan bahan C dan campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam loyang dan bakar mengikut suhu oven masing2.

cucur jagung dengan susu Hi Goat HR

bahan-bahan:

tepung gandum

jagung-dihiris nipis
susu Hi Goat HR
gula - ikut citarasa sendiri
secubit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat(tak letak pun tak pe)
air secukuppnya

cara membuatnya:


-campurkan semua bahan2 kecuali jagung,bancuhkan dengan air sehingga sebati(jgn terlalu pekat dan jangan terlalu cair)

-masukkan jagung,biarkan sebentar dalam 5 minit

-panaskan minyak,dan boleh la mula menggoreng.

selamat mencuba


Isnin, 8 Ogos 2011

agar-agar coco nyumi

Bahan-bahannya:

30 gram agar-agar tali
3 senduk gula pasir
1 tin susu cair
11/2 kole air
1 cawan koko - 1/4 daripadanya milo, dibancuh dengan sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Cuci agar-agar dan toskan airnya. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Tambahkan gula dan kacau hingga larut. Tambahkan dengan susu cair dan larutan kokomilo tadi. Kacau sebati.
3. Masak hingga adunan agar-agar mendidih dan kelihatan berkilat.
4. Masukkan dalam acuan dan bekukan.
5.untuk lebih sedap tambahkan coklat n susu cair sebagai hiasan


apam mentega

bahan A: gula hangus
125gm gula
80gm mentega
80ml air
* buat gula hagus

bahan B:
80gm gula
2biji telur
140gm tepung gandum
1sudu kfc soda
135ml susu segar
esen vanila

cara:
-gula cairkan dengan api yang slow sampai cair jangan kacau biarkan,setelah cair tutup api..masuk air dan mentega,bukak api balik dan kacau hingga bahan rata tidak berketul-ketul.tutup api dan sejukan.
-dalam mixer gula,telur dan esen mix laju-laju sampai putih gebu.masuk gula hangus mix lagi laju-laju
-masuk tepung dan susu berselang seli hingga habis.
-perap 1/2jam sambil 2 panaskan kukusan.
-selepas 1/2jam masuk dlm acuan lompang dan kukus sampai masak.

Ahad, 7 Ogos 2011

promosi raya sesedaprasahanum tahun 2011

best punye promosi mai2....raya punye ni....mase terhad...ape2 boleh call ye....0173819271

kek majerin coklat rice

Bahan:
1cawan gula pasir halus
1cawan majerin
Telur ayam 5biji gred C
*2cawan tepung gandum
*½sudu teh soda
*½sudu teh baking
(ayak bahan yang bertanda *)
½sudu teh esen vanila
3sudu besar susu pekat manis
½cawan coklat rice + colour rice
Cara:
-         Gula dan majerin putar hingga kembang dengan kelajuan tinggi selama 10 hingga 15 minit.
-         Masuk telur sebiji demi sebiji hingga habis dan putar lagi.masuk susu dan esen dan putar lagi hingga rata.
-         Gunakan  senduk/spatula masuk tepung sedikit demi sekit hingga habis dan gaul hingga rata.
-         Masuk coklat rice & colour rice gaul lagi hingga rata


-         Bakar selama 1jam dan suhu 200oc

= bahan dalam suhu bilik dan tidak sejuk



Khamis, 4 Ogos 2011

Kek lapis asam manis

Bahan :
Ø  1cawan gula halus
Ø  1cawan majerin/butter
Ø  5biji telur ayam (gred C)
Ø  2cawan tepung gandum
Ø  1/2sudu kecil sodabikabonat
Ø  1/2sudu kecil baking powder
Ayak bahan
Ø  1/2sudu kecil esen pisang
Ø  3sudu besar susu pekat manis
Ø  asam manis
Cara :
-       Gula dan majerin/butter mix hingga kembang gebu dan putih
-       Masukan telur satu demi satu hingga habis
-       Masukan susu pekat manis dan esen pisang
-       Guna spatula masukan sekit demi sikit hingga habis dan kacau rata
-       Adunan yang dah siap masukan dalam Loyang beralaskan kertas minyak yang telah di gris dengan sedikit majerin/butter/minyak
-       Lapiskan berselang seli asam manis dan adunan hingga habis
-       Bakar kek pada suhu 180c selama 1jam dengan kepanasan atas bawah

Sponge cake coklat topping

Bahan A :
Ø  250gm tepung sponge mix coklat
Ø  5biji telur (gred B)
Ø  50ml susu UHT  perisa coklat
Ø  50ml minyak masak
Ø  12gm ovalatte
Ø  Bahan dalam suhu bilik
Cara A :
-       Masukan keseluruhan bahan-bahan di atas kedalam mangkuk mix
-       Mix bahan kek selama 5 ke 10minit sehingga adunan menjadi pekat dan naik sekali ganda dari asal
-       Adunan yang telah siap di bakar dalam acuan Loyang
-       Bakar selama 50minit kepanasan atas bawah 180c
-       Setelah siap boleh di sejukan dan di belah dua bahagian
Bahan B :
Ø  1/2cawan serbuk koko
Ø  1/2cawan susu pekat manis
Ø  1/2cawan susu cair
Ø  1/2cawan air
Ø  1sudu besar minyak masak
Cara B :
-       Bahan di atas masak dengan api yg perlahan sehingga sebati
-       Masukan air jika hendak topping sedikit cair
-       Kek yang sudah di belah tengah dan sapu bahan B satukan dua bahagian sapu pula keseluruhan luar dan atas kek dan taburkan sedikit colour rice hias mengikut kesukaan

Blueberry cake

Bahan A :
Ø  250gm tepung sponge mix vanila
Ø  5biji telur (gred B)
Ø  50ml susu UHT  perisa penuh krim
Ø  50ml minyak masak
Ø  Bahan dalam suhu bilik
Cara A :
-       Masukan keseluruhan bahan-bahan di atas kedalam mangkuk mix
-       Mix bahan kek selama 5 ke 10minit sehingga adunan menjadi pekat dan naik sekali ganda dari asal
-       Adunan yang telah siap di bakar dalam acuan Loyang
-       Bakar selama 50minit kepanasan atas bawah 180c
-       Setelah siap boleh di sejukan dan di belah dua bahagian
Bahan B :
Ø  1 cawan whipping cream non dairy
Cara B :
-       Mix whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga naik dua kali ganda dari asal gebu dan kental
-       Cream siap untuk di gunakan (jika cream tidak di gunakan langsung pada kek,masukan cream ke dalam peti sejuk)
-       Kek yang sudah di belah tengah dan sapu bahan B di lapis pula dengan bahan C1 dan satukan dua bahagian sapu pula keseluruhan luar dan atas kek dan letak bahan C2 dan hias mengikut kesukaan
Bahan C :
Ø  Filling blueberry (C1)
Ø  Topping blueberry (C2)
Ada beza rasa dan rupa topping  dan filling

Kek marble

Bahan :
Ø  1cawan gula halus
Ø  1cawan majerin/butter
Ø  5biji telur ayam (gred C)
Ø  2cawan tepung gandum
Ø  1/2sudu kecil sodabikabonat
Ø  1/2sudu kecil baking powder
Ayak bahan
Ø  1/2sudu kecil esen ros
Ø  3sudu besar susu pekat manis
Cara :
-       Gula dan majerin/butter mix hingga kembang gebu dan putih
-       Masukan telur satu demi satu hingga habis
-       Masukan susu pekat manis dan esen ros
-       Guna spatula masukan sekit demi sikit hingga habis dan kacau rata
-       Adunan yang dah siap masukan dalam Loyang beralaskan kertas minyak yang telah di gris dengan sedikit majerin/butter/minyak
-       Bakar kek pada suhu 180c selama 1jam dengan kepanasan atas bawah

Kek oren blanded

Bahan A :
Ø  2cawan tepung gandum
Ø  1sudu kecil baking powder
Ø  1sudu kecil sodabikabonat
Ayak bahan A
Bahan B :
Ø  1biji oren sunkis potong kecil
Ø  1cawan minyak
Ø  1cawan gula halus
Ø  3biji telur ayam
Bahan dalam suhu bilik
Cara :
-       Masukan bahan B ke dalam blander dan blan selama 2 ke 3minit hingga adunan rata dan kembang (putih sedikit dari asal)
-       Setelah siap masukan adunan ke dalam mangkuk dan masukan bahan A sikit demi sikit mengunakan spatula hingga rata
-       Adunan yang dah siap masukan dalam Loyang beralaskan kertas minyak yang telah di gris dengan sedikit majerin/butter/minyak
-       Bakar kek pada suhu 180c selama 1jam dengan kepanasan atas bawah

kentang goreng simple

bahan:
kentang
tepung goreng kentaki
garam
serbul lada hitam
serbuk kari


cara:
-potong kentang dan basuh
-gaul semua bahan-bahan di atas dan goreng hingga empuk n kuning.
-siap untuk di makan.



kuih sagu mata ikan

bahan A:
1cawan sagu putih basuh dan toskan
1/2cawan gula pasir
2cawan air
sedikit pewarna merah
sedikit perasa ros

bahanB:
1/2biji kelapa parut putih
1sudu kecil garam

cara A:
-semua bahan di masukan dalam kuali dan kacau hingga pekat likat guna api kecik dan masuk dalam bekas dan sejukan.

cara B:
-bahan B 1 kan rata-rata dan kukus 15minit
-setelah siap boleh la golekkan kuih ke kelapa
-siap untuk di hidangankan.

kerang masak kicap

bahan:
- kerang
(di basuh dan di rebus bersama sedikit garam/setelah itu toskan kerang)
- kicap manis
- sedikit knorr pasti sedap
- sedikit garam
- sedikit perasa ayam
- bawang putih
- bawang kecik
- sedikit halia
(kalau nak bahan ni jugak boleh di hiris-hiris,terpulang pada selera ye)
- pes cili giling/cili boh(anum guna jenama adabi)
- pes asam jawa(anum guna jenama adabi)
- minyak masak
- air putih

untuk hiasan jika mahu:
cili merah - hiris
bawang besar - hiris

cara:
blander bawang merah,bawang putih dan halia
panaskan minyak dan tumis bahan yang siap di blander hingga harum
masukan pes cili giling dan tumis lagi hingga wangi
masukan asam jawa dan air biar hingga mendidih
masukan semua perasa dan masukan kicap
setelah itu masukan kerang masak lagi hingga semuanye rata dan sesuaikan dengan rasa masing2
(kicap manis tu lagi banyak lagi sedap...)


pulut inti kelapa manis

bahanA:
beras pulut
santan segar
garam
caraA:
- rendam beras pulut selama1jam
- basuh dan toskan
- santan dan garam masuk sekali dan masuk pulut
- guna api kecik je sampai pekat dan masak pulut tu
- angkat dan sejukkan

bahanB:
kelapa parut putih
gula merah
air
daun pandan
caraB:
- bahan2 di atas masak dalam kuali hingga kering dan siap
- sejukkan sebelum guna

cara2:
- duan pisang di layokan atas api
- letak sikit pulut dan letak inti
- bungkus seperti nasi lemak


Tiramitsu cake

Bahan A :
250gm tepung sponge mix coklat
5biji telur (gred B)
50ml susu UHT perisa kopi
50ml minyak masak
12gm ovalatte
Bahan dalam suhu bilik
Cara A :
- Masukan keseluruhan bahan-bahan di atas kedalam mangkuk mix
- Mix bahan kek selama 5 ke 10minit sehingga adunan menjadi pekat dan naik sekali ganda dari asal
- Adunan yang telah siap di bakar dalam acuan Loyang
- Bakar selama 50minit kepanasan atas bawah 180c
- Setelah siap boleh di sejukan dan di belah dua bahagian
Bahan B :
½ cawan air panas
1 sudu kecil Nescafe
Bahan dalam suhu panas
Cara B :
- Bahan di atas bancuh
- Bancuhan ini untuk di sapu rata pada kek setelah kek sejuk ke dua-dua bahagian supaya kek lembab
Bahan C :
1 ½ cawan whipping cream non dairy
250gm cream cheese lembut(tetura brand)
Bahan dalam suhu sejuk
JIKA “ WHIPPING CREAM ” TAWAR TAMBAH 1/2 CAWAN GULA HALUS
Cara C :
- Mix whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga naik dua kali ganda dari asal gebu dan kental
- Setelah itu perlahankan mix dan masukan cream cheese,setelah rata mix lagi dengan kelajuan tinggi selama 2minit
- Cream siap untuk di gunakan (jika cream tidak di gunakan langsung pada kek,masukan cream ke dalam peti sejuk)
- Kek yang sudah di belah tengah dan siap sapu bahan B di lapis pula dengan bahan C dan satukan dua bahagian sapu pula keseluruhan luar dan atas kek
JIKA “ WHIPPING CREAM ” TAWAR MIX BERSAMA GULA HALUS
Bahan D :
Serbuk koko
Cara D :
- Taburkan dengan cara ayak ke atas kek yang siap di sapu cream sepenuhnya sebagai hiasan kek tiramitsu

sambal tempe warisan johor jawa

bahanA:
ubi kentang - gereng
tauhu petak - goreng
tempe - goreng
^ bahan di atas potong dan gaul dengan garam
kacang tanah - goreng
ikan bilis - goreng
suun - rendam dengan air panas dan toskan
tauhu kering - rendam dengan air panas dan toskan

bahanB:
*hiris semua
bawang kecik
bawang putih
lengkuas

bahanC:
santan kotak
kicap manis
cili boh
lada merah - hiris (buat hiasan)
garam,knorr pasti sedap dan serbuk ayam
1cwn air
cara:
- tumis bahan B hingga garing dan naik bau
- masukan cili boh gaul rata dan tumis hingga garing
- masuk semua perasa dan gaul lagi
- masuk air,santan dan masuk bahan semua sekali bhn2 A
- kacau bg rata dan goreng lagi hingga kuah td memekat dan kering
- akhir sekali masukan kicap dan cili merah setelah itu bolehlah di angkat dan di hidangkan.

popia mini ala anum

bahan:
1pek daging ayam kisar ramly
1mangkuk kecil sayur campur
1biji telur + 1sudu teh serbuk knorr pasti sedap = goreng kasi hancur dan ketepikan
garam
serbuk perasa ayam
serbuk knorr pasti sedap
*cili giling
*bawang merah
*bawang putih
*halia
(blander semua bahan * )
cara2:
- tumis bahan2 blander tadi hingga harum.
- masukan ayam 2 kacau sampai masak dan rata
- masukan perase dan sayur
- masuk telur.
- kacau lagi hingga kering dan siap semua.
- sejukan sebelum di gulung pada popia
=boleh jugak buat inti karipap,puff,murtabak,roti john dan roti goreng berinti..



moist coklat cake by marizah miza

bahanA:
1 Cawan susu segar UHT/ susu cair
1 Cawan gula perang
1 Cawan minyak
3/4 Cawan serbuk koko
1/2 Cawan susu pekat manis

caraA:
- Masukkan sumue ke dalam periuk dan panaskan diatas dapur dengan api kecik sehingga kesemua bahan larut..dan matikan api.

bahanB:
1 suku cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

caraB:
 - ayak bahan B dan ketepikan

bahanC:
2 Biji telur
esen vanila

caraC:
- pukul seperti nak buat telur dadar,jangan terlalu kembang

Cara-caranya:

bahan A setelah siap satukan dengan bahan C kacau rata-rata

setelah itu sikit demi sikit masukan bahan B hingga habis dan kacau lagi hingga rata

Lenserkan acuan/loyang untuk mengukus kek, alaskan dengan kertas minyak.

Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang tadi..kukus selama 1jam..

Tutup adunan dgn aluminium foil supaya air tidak menitik

kalau nak bakar....satu jam

topping coklat

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan ssu pekat manis
1 sudu besar marjerin/butter
**masak cara double boil....kek dah sejuk....baru tuang


nutella home made anum

bahan:
- 300gm coklat masakan
- 200gm coklat masakan putih
- 1/2cawan susu pekat manis
- 3 sudu besar susu cair
- 3 sudu besar buttercup

cara:
- potong kecil-kecil coklat
- masak care double boiler
- masuk coklat yang dua warne
- lepas coklat dah cair masuk la susu pulak kacau
- pas tu masuk susu cair pulak kacau lagi
- last sekali nak bagi kilat tu masukan butter.
- siap.masuk dalam bekas simpan dalam peti sejuk..
- dah boleh makan...senang kan......... :-)

ais-krim home made anum

bahan:
1tin susu pekat
1tin susu cair
2tin air suam
4 sudu besar ovalate
perasa
pewarna
cara:
-mix je laju2 semua ni hingga kembang dah siap dlm10 ke 15minit la mcm 2......
-asingkn la byk mane nk warna n rase ape2...
-masuk dlm bekas n tutup (dlm bekas cup dadih pn boleh)
-sejuk beku 1mlm....
-esknye ape lg ngap le!!!!
p/s: sedap taw mcm ais krim beli.....xpyh da beli...senang je.......
resepi ni dpt bykkkk sgt2......buat separuh pn ok!!!!

kuah kacang

bahan:
kacang tanah goreng tanpe minyak buang kulit dan blander hingga hancur
serai ni ketok je cmpakkan nanti mase tumis
*halia
*bawang merah
*bawang putih
asam jawe
cili giling
garam/gula/perasa
minyak
air
care:
-mesinkan bahan * dan tumis bersame cili giling hingga pecah minyak
-masukan perase,serai,asam jawe dan kacang gaul lagi
-pastu kacau la hingga kuah pekat..dan pecah minyak....
-nak letak santan pun boleh...tak letak pun tak ape......
-siap.