Khamis, 4 Ogos 2011

kerang masak kicap

bahan:
- kerang
(di basuh dan di rebus bersama sedikit garam/setelah itu toskan kerang)
- kicap manis
- sedikit knorr pasti sedap
- sedikit garam
- sedikit perasa ayam
- bawang putih
- bawang kecik
- sedikit halia
(kalau nak bahan ni jugak boleh di hiris-hiris,terpulang pada selera ye)
- pes cili giling/cili boh(anum guna jenama adabi)
- pes asam jawa(anum guna jenama adabi)
- minyak masak
- air putih

untuk hiasan jika mahu:
cili merah - hiris
bawang besar - hiris

cara:
blander bawang merah,bawang putih dan halia
panaskan minyak dan tumis bahan yang siap di blander hingga harum
masukan pes cili giling dan tumis lagi hingga wangi
masukan asam jawa dan air biar hingga mendidih
masukan semua perasa dan masukan kicap
setelah itu masukan kerang masak lagi hingga semuanye rata dan sesuaikan dengan rasa masing2
(kicap manis tu lagi banyak lagi sedap...)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan