Khamis, 4 Ogos 2011

Tiramitsu cake

Bahan A :
250gm tepung sponge mix coklat
5biji telur (gred B)
50ml susu UHT perisa kopi
50ml minyak masak
12gm ovalatte
Bahan dalam suhu bilik
Cara A :
- Masukan keseluruhan bahan-bahan di atas kedalam mangkuk mix
- Mix bahan kek selama 5 ke 10minit sehingga adunan menjadi pekat dan naik sekali ganda dari asal
- Adunan yang telah siap di bakar dalam acuan Loyang
- Bakar selama 50minit kepanasan atas bawah 180c
- Setelah siap boleh di sejukan dan di belah dua bahagian
Bahan B :
½ cawan air panas
1 sudu kecil Nescafe
Bahan dalam suhu panas
Cara B :
- Bahan di atas bancuh
- Bancuhan ini untuk di sapu rata pada kek setelah kek sejuk ke dua-dua bahagian supaya kek lembab
Bahan C :
1 ½ cawan whipping cream non dairy
250gm cream cheese lembut(tetura brand)
Bahan dalam suhu sejuk
JIKA “ WHIPPING CREAM ” TAWAR TAMBAH 1/2 CAWAN GULA HALUS
Cara C :
- Mix whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga naik dua kali ganda dari asal gebu dan kental
- Setelah itu perlahankan mix dan masukan cream cheese,setelah rata mix lagi dengan kelajuan tinggi selama 2minit
- Cream siap untuk di gunakan (jika cream tidak di gunakan langsung pada kek,masukan cream ke dalam peti sejuk)
- Kek yang sudah di belah tengah dan siap sapu bahan B di lapis pula dengan bahan C dan satukan dua bahagian sapu pula keseluruhan luar dan atas kek
JIKA “ WHIPPING CREAM ” TAWAR MIX BERSAMA GULA HALUS
Bahan D :
Serbuk koko
Cara D :
- Taburkan dengan cara ayak ke atas kek yang siap di sapu cream sepenuhnya sebagai hiasan kek tiramitsu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan